Assalamualaikum dan selamat pagi. Jam di telefon saya menunjukkan 12:01 AM , jadi, selamat pagi bagi manusia yang belum tidur. Okay, nak share resepi aiskrim buat sendiri, tanpa ovalette. Jadi, semua boleh cuba buat.
1. susu cair 1tin
2.susu pekat 1/2 tin (ikut suka hati, kalau nak manis letak 1/2 tin, kalau nak kurang manis, letak 1/4 tin.
3.esen vanila 1 sudu (tapi kalau nak rasa lebih vanila, tambah lagi )
4.telur 1 biji
5.gula 1 sudu
Jadi, bila bahan dah cukup apa lagi, jom kita buat aiskrim.
cara-caranya
1. sediakan mixer
2. masukkan telur dan gula ,,putar lama-lama sampai betul-betul kembang
3. masukkan susu cair + susu pekat + esen vanila..putar sampai kembang,,dalam 15minit-20minit/ putar sampai penat
4. asing kan kalau nak buat 2 perisa berbeza,,campur sahaja apa-apa perisa atau aksesori yang berkenan dihati asalkan bnda itu halalan toyyiba.
5. simpan dalam peti sejuk semalaman / sampai keras jadi aiskrim
6.bleh hidang dan cuba lah rasa aiskrim buat sendiri.
Okay-okay, sebenarnya ada sebab kenapa saya tidak memilih resepi yang ada ovalette. Nanti saya kongsikan sebabnya pada coretan yang akan datang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment